Wednesday, October 13, 2010

Fakta Pelik Tapi Benar

Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan. Semoga dapat menambahkan keimanan kita selaku Hamba Allah.

  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.
  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
  • Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
  • Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
  • Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
  • Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

0 comments: